BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label ~ my life ~. Show all posts
Showing posts with label ~ my life ~. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

muhasabah..(pt 2)

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. ______________________________ _______ “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! _________________________________ 

Monday, August 15, 2011

Pesan Rasulullah S.A.W

Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah SAW untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah SWT, mendapat balasan pahala dan jalan menuju kesyurga Allah SWT.

1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah

Nabi SAW bersabda maksudnya Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud.( Hadis Riwayat Muslim)

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji

Nabi SAW bersabda maksudnya Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana didalam syurga

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya. (Hadis Riwayat Muslim)

4. Adakah kalian inginkan keredaan Allah setiap masa

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesungguhnya Allah reda kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum. (Hadis Riwayat Muslim)

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah

Nabi SAW bersabda maksudnya Allah tidak menolak doa hambanya diantara waktu azan dan waktu qamat. (Hadis Riwayat Abu Daud)

6. Adakah anda inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun

Nabi SAW bersabda maksudnya Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga

Nabi SAW bersabda maksudnya Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim didalam syurga. (Hadis Riwayat Bukhari)

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat

Nabi SAW bersabda maksudnya Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa.
(Hadis Riwayat Muslim)

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan diantara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati

Nabi SAW bersabda maksudnya Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya.
(Hadis Riwayat Muslim)

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada hazanah syurga

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang membaca LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH dia akan mendapat satu daripada hazanah syurga.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam.
( Hadis Riwayat Muslim)

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 13 Al-Quran

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang membaca QUL HUWA ALLAHU AHAD... dia akan mendapat pahala seperti membaca 13 al-Quran.
(Hadis Riwayar Muslim)

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga

Nabi SAW bersabda maksudnya Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHA NALLAH WABIHAM BIHI... ' dan 'SUBHA NALLAH HAL A'ZIM..
(Hadis Riwayat Bukhari)

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
(Hadis Riwayat Bukhari)

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah. (Hadis Riwayat Muslim)

18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua dosa kalian

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang membaca ' SUBHA NALLAH WA BIHAM DIHI.' sebanyak 100x sehari Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada azab api neraka. (Hadis Riwayat Bukhari)

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya.
(Hadis Riwayat Bukhari)

21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian

Nabi SAW bersabda maksudnya Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya. (Hadis Riwayat Muslim)

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada Allah SWT, melaksanakan jihad dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah SWT. Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan dihari akhirat dan dijauhi daripada seksaan api neraka. Hayatilah 21 perkara amalan di atas untuk menuju ke syurga Allah SWT.

Sunday, August 14, 2011

muhasabah

♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ ♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ ♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ ♥ஜ♥ 

MUSIBAH yang DATANG kepada KITA adalah BISIKAN dari ALLAH,

Andai MUSIBAHNYA kita TIDAK dapat MENEMPUH dengan mencapai KEREDHANYA,

Dan andai KITA tidak dapat TERJAGA atas BISIKANNYA yang KECIL yang telah diberikanNYA,

MAKA Siapkan DIRI untuk TERIMA pekikanNYA yang BISA buat kita MENYESAL selamanya..

♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ ♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ ♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥♥ஜ♥ ♥ஜ♥

copy from bee muslimah ^_^

Wednesday, July 13, 2011

HTUM

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah Ya ALLAH.. Segala puji bg Engkau Yang Teragung..
atas segala nikmat dan ujian yg Kau berikan..
Terima kasih ya ALLAH atas segala teguranMu..
hambaMu sedang mengerti dan belajar erti hidup sementara di dunia ini..
ALLAHU AKBAR...

Alhamdulillah, akhirnya diberi kesempatan olehNya utk berkongsi pengalaman yg sgt berharga setelah menjejakkan kaki di UM Kuala Lumpur..
Hampir sebulan meneruskan pengajian di bumi PASUM (Pusat Asasi Sains UM) ni, Alhamdulillah Ya ALLAH, kami (seramai 26 org) telah ditakdirkan oleh ALLAH utk kembali ke Bumi Tarbiyah Nilam Puri..(Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri)

Berbekalkan semangat dan kegembiraan utk membina ukhwah fillah bersama adik2 APIDS berserta keriangan bertemu semula dgn hati2 yg telah lama terpisah.. sahabat2 APIUM dan paling berharga, intan2 yg menyinari Bumi APIUM Nilam Puri, ustaz2 dan ustazah2..

Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH.. Sungguh hebat percaturanMu..

Kami mmg hebat diuji pd mlm itu..sblum bertolak ke Kelantan..
~ ada yg terpaksa naek Rapid KL d Kerinchi
~ mghadapi kesesakan KL Central
~ keliru dgn jalan dan LRT utk ke Hentian Putra
~ kelaparan dan diuar2kan tiada food court d Hentian Putra
~ jadual bas ditangguh
*Asifah jiddan sahabat sekalian..perancangan ALLAH Yang Maha Hebat dan Terbaik utk hambaNya

Perjalanan yg panjang, air-cond yg sgt sejuk..dan paling best, tempat duduk paling hadapan tgkat atas! Terima kasih Rabbi..

Tiba d perkarangan APIUM hmpir jam 6.30 pg.. Berdikari menuju ke 'bilik sewa' tgkt 1 blok B..
Smpat berborak dgn Sobiroh selepas solat Subuh.. rindu mengimbau kenangan lalu,.. kenangan mengusik jiwa..

Pukul 9 pg, mula mengorak langkah ke gerai2 di sekitar Dewan Johor.. bergerak ke sana ke mari, bertemu dia, kamu dan semuanya.. Nyata hatiku gembira dan senang di sini.. Terima kasih Ya ALLAH..

Sgt obses dgn kempen derma darah.. :)
Ustazah Seripah, " gi la derma darah.. berbakti utk msykt " :)
Alhamdulillah, sekalipun diuji dgn test darah 2 kali dan periksa tekanan darah 2 kali, Allah mengizinkan diri ini utk terus berbakti..
Seryesly, darah pada mulanya xckup pekat.. tekanan darah xsenormal insan biasa..
Kata Dr yg check darah, " kamu dh pnah derma.. pelik! xape, kita cuba lg sekali deh.. " terus kupicit jari yg telah ditebuk jarum..Alhamdulillah, keluarlah darah yg lebih pekat..
Dr yg check tekanan darah dan nadi pula komen, " denyut jantung kamu ni x ok.. ini tekanan jantung ahli sukan atau org yg mengalami sakit jantung.. "
(diuji lg sepanjang
Dah siap derma darah, gelabah je tnya nurse,, "xsiap lg ke? "
Nurse risau ana pening2 je,, ana apa lg, "ok dah nurse.. xpening pon.."

Usai jalan2 di sekitar gerai, smpat beli SOLUSI dan lain2, ter'sangkut' di gerai adik2 APIDS..
Sgt lama di situ.. sehingga tepat jam 12,, Fuh, bermandi peluh..
Kemudian, balik mkn tgahari di bilik.. ('syg'ku diculik keluarganya..hehe)

Rehat (konon2) sbg psdieaan utk program bsm adik2 ptg dan mlm nti..
ikuti kisahnya d kerabatapids.blogspot.com

Thursday, June 16, 2011

Rahmat Ilahi...

TERIMA KASIH YA ALLAH!!!!

Sangat hebat percaturan ALLAH! Mengingtkan kelemahan dan kedhaifan diri..Terima kasih wahai Tuhan yg sntiasa 'menyentuh' hati ini...

Ptg ini, rancanganku bsama Mimi, nk beriadah ke Tasik Varsiti (ala2 bjoging).. Di saat kakiku nk mlgkah keluar dari bilik, tiba2 'handphone'ku berbunyi tanda ada mesej baru.. Sangkaanku, Mimi yg menghantar msg myuruhku segera turun, rupanya aku dipanggil utk suatu perbincangan.. Mataku melirik melihat jam, "insyaALLAH sempat riadah dulu..."..Namun ALLAH telah mengaturkan sesuatu untukku..

Aku turun ke foyer menanti Mimi, tp Mimi pulak sdg menunggu sahabat yg lain.. Aku memutuskan utk tidak menyertai Mimi dan shbt2 yg lain mmndgkan jam smakin mendekati jam pertemuanku dgn 'si dia'..

Aku naik smula ke tingkat 4, menuju ke Surau Saidatina Khadijah (sempena nama isteri Nabi Muhammad S.A.W).. sambil2 mndgr bacaan mathurat yg bergema di dalam surau, 'si dia' berbisik, "jomlah kita ke tasik..sambil2 nikmati keindahan alam.."

Kami mula berkongsi dan berbincang..tiba2 ada seorg adik PASUM dtg sertai..Rasyidah namanya..byk yg kami share dan discuss..rupanya mmg benar, makin ramai yg kita kenal dan bertegur sapa, baru pecah tembok di minda.. (it's very much to story).. ni yg nk share more but...

Hm, memandangkan hari ni hari Khamis, so ada ifthor! Alhamdulillah..BEST!! Ramai yg join.. even xda adik2 PASUM, tetap best!

Lepas Maghrib, ada pengisian dari seorg Newbie Dentist, Kak Syazana.. Banyak pengalaman yg dikongsikan.. Mula2, hatiku kurang menghargai talk dr kak Syazana dan kak Ain.. lepas dah hbs talk, sume org bergegas utk solat Isyak.. dgn Mimi jln g jmpa kakak2 tu..start dgn quest yg dikirim oleh Fatimah, "cena nk wat bila gigi sakit sgt??" Kak Syazana pn mula cerita selok-belok ke Fak Dental.. as a UM student, we can register free and get free service! Yabedabedoo!!!

Btw, Nabila and Akma (SAHABAT) Pasum dah nk balik.. Tggu bulan 9 nti baru boleh jmpa diorg lagi.. insyaALLAH, Ukhwahfillah..

K, la.. skrg tgh slot sharing moment bsama Mimi, Fatimah and Eda.. Semoga smpat bersua lagi di lain entri.. InsyaALLAH

Monday, June 13, 2011

MUET result ~

In the name of ALLAH Most Gracious Most Merciful

Last sem (sem II)..it was when i'm studying in APIUM,Nilam Puri..i've seated for Malaysian University English Test a.k.a MUET..

     After about 2 months++, Great to ALLAH (ALHAMDULILLAH), the result was here..(in my lappy right now)..

Alhamdulillah wa syukurlillah..i achieved my goal..regarding to all my weaknesses and my loose skills in English..
BUT, 
with ALLAH's help and support from all my English teachers (especially Mama, my 1st teacher)..ALLAH gave me a good and satisfactory result..(band 4)


* listening (29/45), speaking (24/45), reading (80/120), writing (47/90)

Saturday, May 28, 2011

.: otw to KL

Bismillahirrahmanirrahim..


Kakiku kini melangkah kian hampir ke medan perjuangan yg baru..suasana yg baru..kenalan yg baru (yg lama tetap bersama,insyaALLAH)..madah yg baru..
semuanya di UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR..


Ya Rabb, Kau kuatkanlah hati ini..Kau tetapkanlah imanku di atas jalanMu yg benar..Kau jauhilah kegusaran dan hasutan syaitan..Kau bimbinglah diri ini Ya ALLAH..Engkaulah tempatku bergantung harap..


اللّهم أعنّي على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

 اللّهم يا مقلّب القلوب ثبّت قلبي على دينك و على طاعتك

ALLAHUMMA AMEEN YA RABBAL A'LAMIN

Tuesday, May 24, 2011

Akal yg cerdas pada badan yg cergas~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Entry kali ni, terasa nk mnceritakan salah satu aktiviti masa cuti kali ni~~

Antara plan sebelum cuti..kononnya nk berniaga..alik2, cuti hampir ke penghujung barulak kaki mengorak langkah utk berniaga..=)

Bila teringat balik cuti slps SPM lalu, aku dah berjaya membeli sebuah basikal..di saat org lain cbuk utk mmemiliki motor sendiri..(environmental sense)

Seawal cuti, smpat gather ngn K. Maria n K. Diah..nk berbasikal di waktu ptg..Alhamdulillah, sehingga saat ini, dah beberapa kali berbasikal beriadah di kampung berhampiran (tp skali ja berbasikal bsama K.Diah)..btw, it's a great experience!

Beriadah smbil menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi..merentas kebun getah, menyeberang sungai, meniti sawah..TERIMA KASIH ALLAH!!

Tuesday, April 26, 2011

meniti 'hari2 akhir' d kelantan..

Setelah selesai menikmati nasi kerabu yg dibelanja oleh Ustazah Seripah Zin (yg sgt sdap,Alhamdulillah), kami bertiga (amal,fatimah,syahida) mula mengatur plan jalan2 utk hari ini.. Selesai berbincang, satu kata pututs telah di capai..JOM PEGI BACHOK!! umah Tcr Norma (KIAS)..Usai solat Asar, kaki menghayun langkah laju menuju ke pondok pak guard utk menyewa kereta..

Selang bbrp ketika, kami mmulakan perjalanan ke rumah tcr slps fatimah wat test-drive..(tp risao nk bwk..) Hm,xape la..

Singgah beli ayam..singgah melawat ibunda tcr..smbil2 tgok UMK, IKBN, SMT n byk lg..
Setibanya d perkarangan rmh tcr, kelihatan anak2 bermasin riang..mnymbut kepulangan ibu mereka..waduh, pasti si ibu gembira,, 

Then, tcr bw g tgok pantai Melawi..sambil2 mengenang kmbali nostalgia lama.. n Fatimah xmelepaskan peluang menguji ketahanan kubu pertahanan yg telah dibina oleh British suatu ketika dahulu..
                                                               fatimah n kubu

Tpat jam 7, kami beransur pulang dr pantai..Hurm, tcr ajak dinner,,Malam kian berlabuh..Sabarlah wahai hati..
Malam kian gelap,,kaki melngkah longlai dengan perasaan yg xpasti..Msok dlm umah tcr..borak2 dgn suaminya..X lama kmudian, azan berkumandang dan kewajipan terhadap Ilahi ditunaikan..Alhamdulilah..


Sempat bermesra dgn ahli2 keluarga tcr yg lain..Sharmilah, Syahmi, Syahir, Syakir, Syamimi n paling 'juruh', Syafiq..
sblum ke Qiraati

Usai kesemuanya bertolak ke Qiraati, hidangan mula tersedia..Kecur air liur,, I said " the simpler,the better "..hidangan tu, ada ayam goreng, ikan goreng, sup sayur, tamban singgang, budu, jering [x dsentuh langsung..=)]..
Sdg asyik mkn, beru teringat..malam makin larut..
Bila mata mengerling pada jam, " hah! dah 8.45! makan cepat.."


Alhamdulillah tcr memahami..n Actually, i don really love to drive when it is dark..SILAU!! Namun, kugagahi juga..Pemanduan yg agak bahaya..selaju mampu..Maaf ya fatimah n ida andai menimbulkan rasa cuak dlm diri entaorg..
Kami tiba d perkarangan APIUM jam 9.30 malam.. ALHAMDULILLAH..


                                          THANKS A LOT TEACHER NORMA!!

Sunday, April 24, 2011

sambung: Jalan2..

makan2 satar

bergambar sebelom pulang

Bila dah kuar dari PS7, the sun starts to set (sunset)..slpas mnikmati satar dan mnum air, perut terasa lebih selesa utk meneruskan pjalanan..
Dgn perasaan berwaspada (mnyak berkelip2), tekun mencari stesen minyak..akhirnya,Alhamdulillah ketemu jua..
Bertemankan lampu yang malap,amat merisaukan..drive dgn laju dan sgt berhati-hati, sampai d surau d kawasan Paloh..memandangkan jam menunjukkan 8 mlm,tnpa berlengah kereta trus dparkir dan kewajipan ditunaikan..Alhamdulillah..Then, tanpa rasa curiga, kami menghayun langkah yg pantas menuju ke Nilam Puri..Perjalanan yg xdekat n xjaoh, kami selamat sampai d perkarangan AMK sebelom jam 9..dgn bayaran rm110..Alhamdulillah puas hati,,terima kasih kereta sewa kias!

Friday, April 15, 2011

Jalan2..

Agenda awal, nk g hntar brg2 yg banyak sekali itu pulang ke rumah..brg wan penuh satu keta..brg sndiri pn apa kurangnya..smpai rumah smpat mnum2 smbil tgok tv jap..

saya,nik farah,nasuha,fadz,mimi

Jam 11.30,konvoi bi-viva yg dipandu oleh sy dan farida mimi btolak ke rantau pjg..dlm pjlnan,trasa kot mcm nk balik kedah(sbb slalu lalu jln yg sama otw blik umah..) Setelah sejam perjalanan,akhirnya smpai jugak d rantau panjang (wpun fadz sudah mmbygkan rantau Abg)..Alhamdulillah..mmg diorg borong sakan..farah aina,azie,dba,yati,n xlupa their driver,farida...mmg barang2 mreka mula memnuhi bonet kreta..brg2 keta kami xbyk mana..fadz,mimi,suha n nik farah byk window shopping jah..
                                                                            masjid Beijing
                                                    actually masjid jubli perak RP

beberapa jam kemudian,barulah mereka mula mnunjukkan riak wajah kpenatan mengajak pulang..huhu
smpat sggah Masjid Beijing..(amek2 gmbr je memandangkan semua dh solat zohor)..Perjalanan diteruskan smbil mata meliar mencari kedai makan..lapau dah kot(ala2 melake ckp gitu)..Akhirnya membuat kputusan utk singgah di Malay-Thai restaurant..tgok dari luar,,nmpak cam elegan je..risao gak tkut mahal..Alhamdulillah,,harga berpatutan+makanan yg mngenyangkan..
nasi+tomyam+telur+kangkung ikan masin+air sejuk+ice blended..memndangkan kdai makan tu xjaoh mana dr masjid td,ktorg pn buat kputusan utk bpatah balik utk solat asar d Masjid Beijing..Luckily, we've met Tn Guru Haji Hadi yg kbtulan berada d situ utk mrasamikan satu mjlis tilawah Quran..

Hampir pkul 6 bru ktorg beransur keluar dari masjid tu..mjdi satu hal pulak memikirkan how to reach a beach from there..huh! Setelah menempuh beberapa halangan dan rintangan, Alhamdulillah tiba jua d PS7 (Pantai Sri Tujuh) pada hampir jam tujuh..Sepanjang pjlanan, pnat jgak mmikirkan khilangan kereta yg mngikuti d blkg..kejap ada,kejap hilang..

i think i better stop here now n i'll continue later insyaALLAH..wish me luck and pray for my muet tomorrow..

Wednesday, April 6, 2011

MUET!!

Lastly..i've finished it!! As a candidate B choosing Personal Financial Management as a new compulsary subject for pre-university subject..group last..ingatkan awal2 k..alik2 msuk bilik exam pkol 1 lebih..ngntok kot! + lapor..Alhamdulillah get finished early,so i can pray Zohor prayer earlier..n not forget, my lunch!!