BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label ~taman hati~. Show all posts
Showing posts with label ~taman hati~. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Batas dlm mbantu manusia

Kita semua ada sifat mahu menolong. Itu baik. Manusia bersifat tidak sempurna. Bantu membantu akan menjadikan hidup ini lebih baik dan indah. Kita juga adakalanya memerlukan pertolongan orang lain dalam melakukan sesuatu hal yang bukan kepakaran kita.


Demikian pula sebaliknya. Maka sifat ingin menolong dijadikan Allah dalam diri manusia sebagai bukti keadilan Allah yang Maha Adil. Apabila kita melihat seseorang dalam kesusahan atau punya kekurangan, ada terasa ingin membantu dan mengisi kekurangan itu. Maka kita bantu sehingga kekurangan itu hilang dan orang lain akan merasa bahagia.


Namun dalam membantu juga ada batas yang perlu dilihat dan diambil perhatian. Orang yang membantu tidak bolah memudaratkan diri sendiri ketika bantuan sedang diberi. Jika kita sedar diri sedang terisiko dalam memberi bantuan, eloklah menghindarkan diri dan bantulah dalam lingkungan kemampuan kita.


Kerana mudarat yang kita dapat semasa memberi bantuan mungkin boleh merosakkan diri dan akhirnya kita tidak boleh lagi memberi bantuan bukan sahaja pada seorang individu, malah kepada individu lain.


Sebagai contoh, kita mengambil situasi keselamatan dalam sebuah kapal terbang, Anak kapal akan sentiasa mengingatkan ciri-ciri keselamatan semasa berada dalam keadaan kecemasan. Semasa memakai alat bantuan pernafasan, penjaga perlu memakaikan alat itu pada dirinya dahulu sebelum membantu orang yang berada dalam jagaannya.


Kita lihat hal ini seperti mementingkan diri sendiri, tetapi inilah cara yang paling efektif supaya penjaga itu boleh terus membantu orang yang di bawah jagaan mereka. Jika ada apa-apa berlaku kepada penjaga tersebut akibat mementingkan orang dibawah jagaannya, tentulah terputus bantuan penjaga ini terhadap mereka di bawah jagaannya dan mudarat ini adalah lebih besar.


Manusia yang paling suka membantu yang pernah kita dengar adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melihat ummatnya dalam keadaan jahil dan mahu membantu ummatnya kembali ke jalan Ilahi semampu beliau.
Rasulullah SAW sanggup melakukan apa jua cara asalkan ummatnya faham apa yang disampaikannya. Sehingga sampai satu tahap Musyrikin Mekah mahu membuat perjanjian dengan Rasulullah SAW untuk bertukar agama buat dalam satu tempoh. Rasulullah hampir bersetuju dengan pertukaran ini kerana secara logiknya mungkin pihak Musyrikin akan merasai kebenaran agama Islam semasa mereka menganut Islam dalam masa yang telah ditetapkan.


Namun Allah SWT yang maha bijaksana dan sentiasa memelihara Nabi SAW sebagai kekasihNya memberi jawapan dan menurunkan surah Al-Kafirun sebagai jawapan tegas kepada tawaran musyrikin Mekah. Bagimu agamamu dan bagiku agamaku.


Jadi dapat kita lihat terdapat batas yang perlu diambil kira dalam membantu manusia. Selagi mana bantuan itu tidak memudaratkan diri dan tidak menjadi maksiat kepada Allah, kita boleh membantu. Tetapi jika bantuan itu membuatkan kita hanyut dan semakin jauh dari Allah SWT, eloklah kita hindarkan dan serahkanlah kepada Allah sebagai sebaik-baik pembantu. Bak kata pepatah "Buat baik berpada-pada".


"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Al-Ma'idah : 2)


- Artikel iluvislam.com

Wednesday, August 17, 2011

muhasabah...(pt 3)

 “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta. Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin. Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.” __________________________________ 

muhasabah..(pt 2)

Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong. Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya. Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba. Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.” “maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. ______________________________ _______ “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap. Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! _________________________________ 

muhasabah...(pt 1)

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen , ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh. “abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi. Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan. ___

Monday, August 15, 2011

sembah apa?

Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

peace out....

Tuesday, August 2, 2011

Kekayaan Hati

Subhanallah,,, moga2 kita memiliki kekayaan hati...Insya-Allah


Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para muttaqin,
Bahgialah yang miliki kekayaan hati budi,
Kerna Allah bersamamu wahai para mukhlisin.

Miliki hati pemurah,
Yang mampu menahan marah,
Memberi maaf dengan mudahnya ,
Miliki hati pengasih,
Walau diri kan tersisih,
Memberi kasih tanpa memilih .


Hati itu bagai ladang,
Tempat bercucuk tanam,
Hati itu bagai kolam,
Tenang nyamannya......

Cari kekayaannya,
Dalam uzlah yang lama,
Di malam yang sempurna,
Bermunajat pada-Nya
Pengabdian yang hakiki,
Lewat zikir amali,
Dibasahi disirami,
Dengan Rahmat Ilahi.

Monday, July 11, 2011

D.E.A.T.H

Do. Everything. for Allah. Towards. Jannah.
Do. Everything. Avoiding. The. Hellfire.

so, how deaths mean to you?
just being put into the Earth after the nervous, respiratory & cardiovascular systems failure?

Friday, July 8, 2011

Kuatkan hambaMu Ya RABB


Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!

Ya ALLAH,, bantulah aku mnjadi sepertinya...


Melihat air yang mengalir di sungai ini, hatiku bertambah syahdu. Air yang mengalir, deru yang mengelus, bagai menemani sedihku akan sebuah kehilangan. Aku akan terus disini menantimu sahabatku, aku kini akan memenuhi impianmu...
"Luqman, apa yang kau buat?" Luqman tersenyum padaku. Air matanya tiba-tiba bergenang sayu, "aku isi permohonan sambung belajar di Mesir." Aku tersentak mendengar jawapannya. "Kau serius?" Luqman tidak menjawab persoalanku, aku bagaikan disimbah kehangatan pilu.
"Iqbal, ana uhibbuka fillah," Luqman menatap mataku, tangannya berhenti menulis.
Kalimah agung itu diucap lagi. Aku sahaja yang masih belum mampu menuturkannya. Aku tidak berani bertanya lagi, aku takut diriku pilu, aku takut hatiku tidak mampu untuk menerimanya.
Tiga hari aku tidak hadir ke sekolah, suhu badanku mendadak naik, mengangkat tangan pun aku tidak larat, apatah lagi mahu melangkah keluar dari bilik. Luqman juga tidak kuhubungi. Sengaja! Aku tahu, sakitku ini berpunca dari berita yang kudengar. Aduh, hatiku belum mampu menerimanya, pilu apabila memikirkan Luqman akan meninggalkanku. Air mataku menitis tiap kali aku memikirkannya.
Pagi itu apabila aku membuka mata, aku lihat Luqman terlena disisi katilku. Dia duduk di atas kerusi sambil kepalanya terlentok di birai katil, jemarinya memaut erat lenganku. Dinihari tadi, aku ada tersedar, aku lihat ada orang sedang sujud di hujung katilku, tetapi kepalaku terasa terlalu berat untuk ambil tahu siapakah dia. Lama dia bersujud, hingga aku terlena kembali. Luqman rupanya... aku cuba menggerakkan tanganku dan Luqman segera terjaga.
Tersenyum dia ke arahku, matanya bengkak, sungguh dia tidak mampu menyembunyikan tangisannya sepanjang malam. Mahalnya aku tika itu untuk membalas senyumannya.
Dalam beberapa jam sahaja, suhu badanku semakin meninggi. Akhirnya aku masuk ke wad ICU kerana demam panas. Luqman langsung tidak meninggalkanku. Seminggu aku dirawat, seminggu itulah dia sanggup terlepas pelajarannya. Sungguh! Syahdunya saat itu.
Aku berlari keriangan, dalam genggamanku ada sepucuk surat. Sampulnya biru. Dari tulisan tangan di muka depan sampul surat itu, aku tahu siapa pengirimnya, aku tahu suratku berbalas, aku tahu dia membalas kirimanku. Aku hanya ingin mencari Luqman.
Luqman kehairanan melihatku, " kenapa ni?" Aku lantas memeluknya. Lantas ku suakan surat itu kepadanya, "surat apa ni?" berkerut dahi Luqman. "Asiah Maisara balas surat aku," senyumku sampai ketelinga, tersengeh macam kerang busuk. "kau tak cakap pun pada aku yang kau bagi surat untuk Asiah Maisara?" aku menjawab soalan Luqman dengan hanya senyuman.
Luqman sudah tahu tentang perasaan hatiku pada Maisara, tentu dia dapat mengagak apa isi suratku. Luqman menarikku ketaman, jauh dari orang. Aku masih diselubungi bahagia.
Luqman duduk di atas rumput, aku ikut serta, senyuman aku tiba-tiba hilang apabila aku melihat raut wajah Luqman yang sedikit tegang. Namun masih kelihatan tenang, sejuk hatiku.
"Iqbal, sahabat yang Luqman sayang, ketahuilah sayang Luqman kepada Iqbal hanya kerana Allah. Lama sudah aku ingin menegur isi hatimu, namun kupendam jua, mencari waktu yang sesuai. Sebelum kau buka sampul surat itu, dengarlah luahan hatiku.
Iqbal, yang kucintai, tidak salah menyayangi seorang perempuan kerana itu fitrah. Namun pabila fitrah disalah guna, jadilah ia fitnah. Fitnah itu ada bermacam-macam jenis, salah satunya adalah zina.
Zina itu dilaknat Allah. Zina pula ada bermacam-macam jenis. Zina hati, apabila kita merindui dan berkhayal orang yang kita rasa kita cintai, dan ajnabi bagi kita. Zina tangan, apabila kita telah memegang ajnabi, menulis kata-kata cinta untuk si dia juga dianggap zina tangan. Zina mata, apabila kita selalu memandangnya, bahkan menjelingnya. Nauzubillah.
Iqbal, sahabat yang kukasihi. Cinta yang benar-benar sejati adalah cinta Allah, kemudian cinta Rasul. Aku ingin mengajak kau bercinta bersama-sama denganku. Cinta Allah tidak pernah mengecewakan, cinta Allah selama-lamanya abadi."
Aku menitiskan air mata mendengar madah bicaramu, hatiku basah dengan linangan syahdumu. Dan bermula saat itu, kau mengajar aku mengenal cintanya Robbi. Aku membuka lipatan surat ditanganku. Kertas itu hanya dihiasi serangkap madah;
"Cinta yang kucari adalah cinta Ilahi. Hati ini masih belum benar-benar mencintai Ilahi, aku tidak rela meretakkan cinta yang kusulam dengan cinta ajnabi. Carilah cintaNya yang hakiki, nescaya kau tidak kecewa dengan duniawi."
–Asiah Maisara-
Menitik air mataku disetiap sujudku. Saban ketika aku terbayang gadis solehah bertudung labuh itu, yang menemaniku, sesalan khilafku.
Suatu hari, Luqman menghadiakanku Quran terjemahan sedangkan Luqman tahu aku sudah punya satu.
"Ambillah, ini pemberian dari orang yang kau cinta."
Aku anggap itu pemberian darimu, lantas kupeluk dan kucium, ku bawa kemana sahaja.
Saat itu, cintaku pada Asiah Maisara telah kucampakkan kepinggir hati agar dia tidak mencuri cintanya Robbi.
Tamat sahaja kertas terakhir SPM, Luqman menghulurkan satu borang kepadaku. Tersenyum dia menatapku, "Ini borang kursus dakwah dan tarbiah, dua tahun di Madarasah As-salasussoleh."Pakcik aku yang anjurkan. Tempat aku dan kau dah tersediaSetujulah?!"
Dua tahun? Sempatkah Luqman menghabiskannya bersama denganku. Tawaran ke Mesir akan sampai sebelum itu. Tegakah?
Namun aku tidak berani bertanya, takut ke ICU lagi. Sejak peristiwa dahulu, Luqman tidak lagi membuka kisah ini, mengerti barangkali. Kami teruskan jua perjuangan di As-salafussoleh.
Luqman banyak membantu. Tika aku masih belum mampu bangun tahajjud, sabarnya dia mengejutkanku. Kadang-kala, tanpa sedar aku membentaknya. Aku jua tahu, dia memberi bermacam-macam alasan kepada pelatih, agar dia mampu membimbingku sendiri tanpa paksaan. 
Menghafal al-Quran juga begitu. Kami sama-sama, tetapi dia lagi mudah menghafal dariku. Malah aku tahu sesetengah surah telah dihafalnya, namun dia sengaja mengulangnya berkali-kali dan tidak beralih kesurah lain, melainkan aku telah menghafalnya dengan fasih.
Luqman, betapa sabarnya kau membimbingku. Keputusan SPM keluar, tika kita masih dalam perjuangan. Keputusan Luqman cukup cemerlang. Aku tahu dia akan layak meninggalkanku untuk memenuhi impiannya ke Bumi Anbiya. Diam-diam aku mengisi borang permohonan ke sana. Aku ingin menyusulmu, walaupun bukan hari yang sama denganmu.
Suatu hari, tika Luqman tiada di biliknya, aku perasan akan surat itu dalam timbunan segala kitab. Seolah-olah Luqman mahu menyembunyikannya dari sesiapa sahaja.
-Surat tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar, Mesir-
Tersentak jantungku, apa yang aku bayangkan Luqman akan pergi meninggalkanku dibumi ini sendirian lagi. Namun ku lihat tarikh surat itu, 3 bulan yang lalu, dan tarikh yang sepatutnya dia bertolak ke Mesir adalah...KELMARIN.
Terduduk aku disitu, lantas kusujud. Allah, Kau mengerti akan deritanya hatiku seandainya Luqman jadi pergi. Allah, aku tahu Luqman berkorban demiku, mengorbankan cita-citanya demi sahabat tercinta.
Aku kembali meletakkan surat itu di tempat asalnya. Aku tidak mahu Luqman tahu, aku tahu akan kisahnya. Aku tidak mahu Luqman tahu aku berkongsi derita sebuah impian yang tidak kesampaian.
Ingin sekali aku bertanya mengapa dia melepaskan peluang ini. Tetapi, entah kenapa, aku tidak sanggup. Kupendamkan jua.
Sampailah suatu hari...
Selesai solat subuh Luqman menyalamiku, matanya sembap, aku tidak tahu mengapa, tangannya terasa beku. Luqman mendakapku.
Aku merasakan dakapannya memaut bahuku. Debar! Semakin berat dan semakin berat.
"Luqman?"
Kau tidak menjawab teguranku, badan Luqman seolah-olah menggelongsor dari pelukkanku.
"Luqman,"
Allahhu Akbar, saat itu jantungku, hanya Robbi yang mengerti.
 Aku sempat memautnya, aku terduduk, memangku Luqman, ku paut lengannya, aku biarkan dia baring di ribaanku. Luqman sempat tersenyum padaku sebelum matanya kian terpejam dan terus terpejam. Wajahnya pucat, bibirnya biru, namun raut tenangnya seolah-olah memujuk hatiku.
"Luqman, 
 bibirku bergetar, aku menggoncang tubuhnya, namun tubuh itu terus beku. Menitis airmataku, Luqman dikejarkan ke hospital.
Hancur luluh hatiku melihat derita Luqman. Sepanjang hari aku menemani Luqman, tidak sejenak pun aku tinggalkan. Solat pun di situ, makan sudah aku lupakan. Apa yang ada dihatiku, fikiranku, mataku, sentuhanku hanyalah Luqman. Sepanjang hari Luqman tidak sedarkan diri.
Pucat lesi wajahnya merenggut jantungku. Malam itu aku bertahajjud lama. Sepanjang doa yang kurintihkan, airmata yang menemaninya. Sepenuh pengharapan kuserahkan pada Ilahi, mohon agar dikembalikan Luqman kepadaku.
Esoknya Luqman mulai sedar, namun dia belum mampu berbicara. Apa yang dilakukan padaku hanyalah tersenyum. Aku tahu dia mahu aku tabah, tabah harungi ujian ini. Senyuman itu juga menunjukkan dia kuat mengharungi ujian ini.
Seminggu berlalu, Luqman kelihatan semakin pulih. Orang yang paling gembira adalah aku. Mulanya Luqman solat, hanya dengan gerakan mata, kini dia sudah boleh mengiring menghadap kiblat.
Saban malam aku sujud syukur pada Ilahi, ku mohon agar Luqman diberikan kesembuhan sepenuhnya.
"Iqbal!"
Aku tersentak, rintihanku disela teguran Luqman. Aku cepat menghapuskan air mataku. Segeraku hampiri Luqman. Tanganku spontan mengusap ubun-ubun Luqman. Allah, rambutnya gugur. Aku cuba mengawal reaksiku, kerana aku tahu Luqman sedang menatapku.
"ana uhibbuka fillah," 
 sayu suara Luqman menyapa pendengaranku, air mataku lantas mengalir deras di pipi Luqman tersenyum sambil air matanya turut mengalir. Aku lantas memeluk Luqman erat-erat,"ana uhibbuka fillah, Luqman."
Aku terasa Luqman membalas pelukkanku. "Itu yang pertama, kau ucapkan? Sudah lama aku menanti, bertahun rasa dan akhirnya..." ayat itu diakhiri esakkan. Aku menangis dan dia juga. Esakkannya semakin perlahan, "kau tahu..." katanya memulakan bicara. Aku melepaskan pelukan sedikit demi sedikit. "Aku dapat tawaran ke mesir," diam sejenak. "Dan aku tahu kau sudah tahu," airmataku menitis lagi. Aku tidak berani bersuara. 
"Tetapi apabila aku istiqharah, dalam sujudku, aku hanya nampak bayangan wajahmu, Iqbal. Kadang kau menangis, kadang kau ketawa. Setiap kali istiqharahku, bayangan kau yang menemani, aku jadi keliru, mengapa begini?"
 "Suatu malam aku bermimpi, kau dan aku di sungai yang selalu kita kunjungi. Kau kata, Allah tidak mahu aku ke Mesir, Allah mahu aku disisi kau, menemaniku. Kerana itulah aku menolak tawaranku ke sana. Aku tahu mimpiku petunjuk yang esa. Takku sangka begini akhirnya."
Air mata Luqman menitis, aku pantas memeluk Luqman kembali, dengan tangisan. Luqman berbisik padaku, "esok bawakan aku ke sungai itu. Aku ingin bersamamu buat kali terakhir." Aku mengangguk lesu. Moga itu bukan kali terakhir.
"Aku punya satu permintaan lagi."
"Apa, Luqman?"
"temani aku dengan alunan al-Quran dan zikir dari suaramu, Iqbal." 
 Akan ku tunaikan permintaanmu, Luqman.
Setelah mendapat kelulusan daripada pihak hospital dan memberi jaminan membawa Luqman kembali ke sini, aku dan Luqman akhirnya sampai jua ke kawasan air terjun ini. "kau tahu kenapa aku suka sangat kawasan air terjun ini?" Aku memandang Luqman, dia tersenyum menatap aliran air sungai yang mengalir. Ya Allah, betapa Luqman menyembunyikan derita sakitnya. Aku menahan air mataku dari terus mengalir, aku mahu Luqman lihat aku kuat.
"kau pernah beritahu aku, saban ketika kita berkunjung kesini. Kau kata kau suka dengar alunan zikir di sini. Kau suka dengar suara sungai dan air terjun ini mengucap tahmid kepada Allah, angin menderu mengalun tasbih kepada 'yang Satu' dan unggas yang bersama-sama denganmu melafazkan takbir." 
 Luqman senyum lagi, betapa senyumannya menyejukkan hatiku.
"Iqbal!"
"ya!"
"ana uhibbuka fillah"
"ana uhibbuka fillah aidhan."
Aku sudah kuat untuk membalas kata-kata itu dan aku kuatkan diri, supaya air mata ini tidak menitik ke pipi.
"Kau tahu, setelah Allah dan Rasul, kedua-dua arwah ibu dan ayahku...kau hadir saatnya aku kehilangan mereka...insan yang kucintai, setelah mereka, sepenuh hatiku, adalah engkau Iqbal!"
Menitis jua airmataku, tidak mampu kutahan lagi. Kupeluk Luqman seerat-eratnya.
"kerana kau jua kucintai sepenuh hati, Luqman"
Pulang dari air terjun, Luqman meminta untuk berehat, lantas Luqman tidur. Dua hari Luqman tidak sedarkan diri. Tapi doktor cakap keadaan Luqman stabil, Luqman sudah melepasi saat-saat kritikal. Itu sudah cukup membuatkan aku tenang.
Aku sentiasa di sisinya, menunaikan janjiku, mengalun al-Quran. Kadang-kadang apabila aku penat, aku alunkan zikrullah. Sekali-sekala aku melihat Luqman tersenyum dalam lenanya. Penatku hilang, lantas ku sambung bacaanku.
Petang itu adikku datang, membawa surat yang sampai di rumah. Rupa-rupanya surat tawaran ke Mesir. Jadual penerbangannya lebih kurang 4 bulan lagi. Aku ingin memberitahumu, Luqman.
Apakah aku jua akan bekorban seperti mana pengorbanan yang pernah Luqman relakan?
Pagi esoknya Luqman membuka mata. Gembiraku bukan kepalang. Nampak sahaja diriku, Luqman tersenyum, dan perkataan yang pertama keluar adalah, "ana uhibbuka fillah, Iqbal."
Menitis airmataku. Luqman nampak segar, tiada kesakitan di wajahnya. Serasanya ada cahaya yang bersinar menyuluh harapan.
Ku genggam surat tawaranku.
"Balaslah, katakan untuk kali terakhir."
Aku tersedu. "Luqman, ana uhibbuka fillah sepenuh hatiku."
Luqman tersenyum. "moga Allah mempertemukan kita di syurga."
Aku mengangkat surat tawaranku. Belum sempat aku bicara, Luqman sudah mula berkata,"bisikkan padaku syahadah." Aku tersentak, jantungku direnggut. Namun ku sembunyikan. Aku menurut, ku dekatkan wajahku ketelinganya.
"Terima kasih kerana menjadi sahabatku Iqbal. Yang aku cintai semata-mata kerana Allah." Menitis jua airmata Luqman di pipinya.
"Terima kasih buatmu jua sahabatku."
Luqman diam, matanya terpejam, aku mengalunkan syahadah di sisi telinganya, aku mendengar halus suara Luqman mengikut. Aku teresak.
"Asyhadu anla ilaha illallah waasyhadu anna muhammadar-rasulullah."
Kemudian suasana menjadi sunyi. Aku kembali berdiri. Entah bagaimana sinar mentari dhuha bisa mencelah masuk, menyinari ubun-ubun Luqman. Dan hembusan nafas terakhir kalinya meninggalkan aku. Aku terduduk. Semacam kudengar bisikan Luqman,
"kerana Allah bersama denganku, Allah jua di sisimu Iqbal. Pasrahlah."
Aku terima pemergian dia, insan yang kucinta. Sebentar lagi aku akan terbang menunaikan impian Luqman. Terbang untuk mendengar tasbih, tahmid dan takbir sungai Nil. Kupeluk erat Quran terjemahan yang Luqman hadiahkan.
"Masih erat ya, nta peluk Quran pemberian ana."
Aku tersentak, ku dongak, seorang gadis berpurdah berdiri di hadapanku ditemani seorang lelaki. Aku kenal lelaki disisinya, tentu gadis berniqab ini kakaknya, "Asiah Maisara?"
Aku nampak bening matanya mengecil, barangkali dia sedang tersenyum. "Boleh ana pegang Quran itu sebentar?"
Dalam kekagetan, aku menyerahkan Quran ditanganku kepada Maisara. Betul-betul didepan mataku, Asiah Maisara menyelitkan sepucuk surat dalam helaian al-Quran itu. Aku terkesima.
Dia kembali memberikan Quran itu padaku. "Ana minta diri dulu," dan dia berlalu. Aku membuka Quranku dan melihat tulisan pada sampul surat yang diberikan 'balasan surat ini adalah untuk surat yang nta beri waktu sekolah dahulu'.
Aku tersenyum, teringat kembali kata-kata Luqman, "ambillah, ini pemberian dari orang yang kau cinta." Aku memeluk dan mencium Quranku.
-Seperti yang nta tahu, ana adalah mahasiswi universiti yang akan nta jejaki. Telah ana ceritakan tentang nta pada Abi ana. Dua bulan lagi, kami sekeluarga akan mengerjakan umrah. Selesai umrah, abi ana akan menikahkan ana dengan lelaki pilihan ana. Dan lelaki pilihan ana adalah nta Iqbal. Semoga nta sedia menunggu ana disana, kerana ana yakin ana masih dihati nta. 
 -Asiah Maisara-