BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 21, 2010

DAKWAH is OUR PRIORITY

"Abang, halaqah kita berdaftar x??"
"Berdaftar?? Kenapa?"
"Saya dengar halaqah kita buat ni x berdaftar dlm senarai usrah universiti kita ni. Bolehkah kita buat usrah tanpa kebenaran universiti?"
"Ini idea pelik datang dari mana pula? Akhi, mari ana tanya. Rasulullah berdakwah di Mekah dahulu, baginda dapat kebenaran daripada siapa?"
"Rasanya tiada siapa-siapa pun."
"Habis kita ini tiba-tiba nak berdakwah kenapa kena ada kebenaran pula?"
"Yalah, kalau tiada kebenaran, nanti pihak universiti tanya macam mana?"
"Yang kita buat ini benda baik. Berdakwah. Kenapa perlu risau kalau pihak universiti tahu? Yang kawan-kawan kita berkumpul malam-malam bersengkang mata tengok movie, main game, buang masa sampai ke subuh itu tidak risau pula. Padahal apa yang mereka buat tu jelas-jelas perkara lagho. Sia-sia bukan?"
"......................."
"Akhi, dakwah ini Allah yang suruh. Islam ini perlu disampaikan walau apapun yang berlaku. Kita akan diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Ini memang risiko yang kita tidak dapat nak elak apabila mengaku sebagai orang yang ingin beriman dan menyebarkan risalah dakwah. Allah berfirman:
Dan (ingatlah), ketika orang-orang kafir (Quraisy) memikirkan daya upaya terhadapmu untuk menangkap dan memenjarakanmu atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka memikirkan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya itu. Dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya. (QS Al-Anfal,8:30)
Itu risiko yang diterima Nabi Muhammad dalam menyebarkan dakwah. Lumrah, kita juga sedang diuji sebenarnya."
"Maksud abang, kita diuji macam mana? Dengan mengatakan kita ini tidak layak berdakwah kerana tiada kebenaran?"
"Boleh kata macam itulah. Akhi, jangan dirisaukan masalah dapat kebenaran atau tidak. Setahu ana, ada seorang sahaja dalam dunia ini yang suruh kita minta kebenaran dari dia kalau mahu buat kerja Islam."
"Siapa??"
"Mari kita tengok Surah Al-A'raaf, surah ke 7 ayat 123."
Firaun berkata: "Apakah kamu beriman kepadanya sebelum aku memberi izin kepadamu? Sesungguhnya (perbuatan) ini adalah suatu muslihat yang telah kamu rencanakan di dalam kota ini, untuk mengeluarkan penduduknya daripadanya; maka kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu ini) (QS Al-A'raaf 7:123)
"Siapa dia orang itu? Firaun???"
"Ya. Hanya Firaun dan orang-orang yang sama perangainya macam firaun sahajalah yang merasakan, kalau orang lain nak beriman perlu dapat kebenaran dahulu. Perlu izin dan restu daripada mereka. Jadi, jangan risau. Ini memang cabaran yang dihadapi dalam berdakwah. Habis dikatanya kita ini macam-macam. Tapi DAKWAH KENA JALAN JUGA WALAU APA SEKALIPUN."
"Jadi buat x kisah sajalah?"
"Ya, tapi janganlah sampai saja-saja cari pasal."
"Cari pasal? Macam mana pula tu??"
"Yalah, mentang-mentang dakwah ni memang x perlu izin daripada siapa-siapa, kita jangan pula pergi jumpa dekan universiti, pergi bagitahu dia yang kita nak berdakwah. 'Encik, saya nak buat usrah ni. Jangan halang-halang saya ye. Saya x perlu kebenaran Encik untuk buat kerja dakwah. Kalau Encik halang, Encik samalah macam Firaun.' Kalau macam tu, memang saja cari nahas."
Suara gelak ketawa mengiringi perbualan buat seketika...
"Sebab itulah masa nabi berdakwah, baginda mulakan secara rahsia. Antara tujuannya adalah untuk mengumpulkan kekuatan. Seandainya nanti bila dakwah ditekan, akan ada mereka yang bangkit untuk mempertahankan."
"Betul tu. Saya dah faham sekarang. Jadi, kita berdakwah sajalah ye. Jangan risau apa orang nak kata."
"Tepat sekali. Berlapang dadalah andai orang lain x sependapat dengan kita. Mereka nak buat dakwah cara mereka, biarkan. Kita nak buat dakwah cara kita, mereka sepatutnya biarkan. Bila rasa orang lain buat kerja lebih baik daripada kita, bersainglah secara sihat. Bukannya pergi mengata orang yang bukan-bukan di belakang. Siap sebarkan orang lain x berdaftar, xde kebenaran universiti dan segala macam perkara karut-marut ini buat apa? Jadi terhalang orang buat kerja dakwah. Ni perangai orang kafir. Tengok ayat ni:
Allah yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan celakalah bagi orang-orang kafir kerana siksaan yang sangat pedih (iaitu) orang-orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada kehidupan akhirat, dan menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan agar jalan Allah itu bengkok. Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh. (QS Ibrahim 14:2-3)
"Betul tu bang. Jadi, kalau kita nampak orang lain buat kerja dakwah lagi hebat daripada kita, apa kita nak buat? Bersaing cara sihat tu macam mana?"
"Lihat Surah Al-Baqarah ayat ke-148 pula."
Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS Al-Baqarah 2:148)
"Jadi, kita berlumba-lumba utk berbuat kebaikan. Kalau kita tengok orang tu ajak 2 orang, kita kena ajak berapa orang?"
" Em..3 orang."
"Salah! Kita kena ajak 20 orang. Kalau kita tengok orang baca A-Quran 1 juz sehari, kita kena baca?"
"10 juz??"
"Ya! Baru betul. Buat lebih 10 kali ganda daripada mereka. Barulah kita bersaing secara sihat. Makin banyak ibadah kita, makin dekat kita dgn Allah, makin mudah kita dapat pertolongan Allah. Tapi tu tadi banyak sangat la. 1 juz sehari pun dah cukup baik. Tapi kalu akhi nk baca lagi banyak, terpulanglah. Lagi bagus."

"Insya Allah, abang. Doakan saya akan jadi Da'i yg bersaing secara sihat!"

"Amiin.."


~Bekerjasamalah kamu dalam hal-hal yg kamu sepakati. Berlapang dadalah kamu dalam hal-hal yg kamu tidak sepakati~
-Hassan Al-Banna-

~DAKWAH UMPAMA AIR YANG MENGALIR!!! TAKBIR!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!"~

Thursday, December 16, 2010

Haiya Zikrullah !!

“… Sesungguhnya dengan mengingati Allah (zirulllah), hati-hati akan menjadi tenang” [Quran, ar-Ra'd : 28]

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.


HAIYA ZIKRULLAH ,,,

tidur mengikut kajian islam dan sains

Umumnya orang beranggapan bahwa tidur malam yang baik memerlukan waktu sekitar 6 – 8 jam sehari. Tetapi ketahuilah bahawasanya pendapat ini ditentang oleh para saintis Barat seperti Dr. Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya hanya perlu tidur malam selama 3 JAM .
Waktu tidur biasanya dikenali dalam dua jenis, iaitu tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya terjadi pada tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk biasakan tidur lelap karena tidur ayam adalah masa berangan-angan yang sebenarnya hanya membuang waktu saja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap berdasarkan kajian saintis Barat, iaitu cukup selama 3 JAM. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Hal ini disebabkan kita tidak terlatih atau mengikuti aturan yang benar ketika kita tidur. Apabila seseorang atlit misalnya, ketika hendak bertanding dalam acara 100M lumba lari maka dia akan berlatih mungkin sekitar setahun sebelum perlumbaan itu dimulakan. Dengan demikian dia berharap untuk menjadi juara. Demikian juga dengan kita, harus melatih diri kita tidur sesuai dengan aturan yang baik.

Menurut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita pergi tidur, kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan termometer kita boleh melatih diri kita untuk tidur apabila perlu. Tidur yang teratur dapat mengefektifkan waktu kita terutama untuk beribadah di malam hari serta mengerjakan hal-hal lain. Di dalam Al-Quran disebutkan ada segolongan manusia yang masuk syurga karena ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud :

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” (Surah az-Zariat: ayat 15-18)

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik bagaimana tidur yang lengkap dengan doa-doanya. Sebagai ringkasan, mungkin kita biasakan latihan untuk tidur malam seperti: :

1.Makan malam sedikit saja. Cukup sekadar alas lapar. Jika kita makan malam yang banyak maka akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur.

2.Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur dari kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan waktu tidur dari 8 jam sehari menjadi 7 jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan waktu tidur malam menjadi 6 jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga menjadi 5 jam sehingga kita boleh tidur untuk waktu 3 jam saja.


Cara bangun tidur juga ada kaedahnya untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan diri dari pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur,lantas terus melompat dari tidurnya, maka berisiko terkena penyakit jantung dan boleh menyebabkan kematian. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Badan Perubatan Lioning.


PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Ada juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai pentingnya mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang baik. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka? Mereka menjawab: “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.” Maksudnya ” Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai aturan yang harus dilaksanakan terlebih dahulu sebelum saya tidur.”

“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” – Longfellow. Maksudnya, “Pencapaian kerja yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu teman-temannya yang lain sedang nyenyak tidur.” Ini jelas menunjukkan mereka meminimumkan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.


RAHSIA SOLAT TAHAJUD

Sekarang kita kembali kepada perbincangan tentang solat tahajud. Apakah kebaikan dan kelebihan yang kita peroleh dari mengerjakan solat tahajud sementara yang lain sedang nyenyak tidur?

Dari sisi logik, mungkin kita tidak mengerti bahwa perintah Allah itu mendatangkan kebaikan. Sesungguhnya solat tahajud meneguhkan iman kita, jiwa kita, mental kita untuk menghadapi masalah hidup duniawi dan lain-lain .

Dari sisi sains perubatan, kita akan menyedut oksigen di atmosfera bumi sekitar jam 3 pagi hingga terbit matahari dan menggerakkan otot-otot di dalam badan kita yang akan menyegarkan badan dan melancarkan aliran darah ditubuh kita. Kedua hal tersebut, iaitu oksigen dan gerakan otot sangat penting bagi kesihatan tubuh manusia. Oksigen akan hilang dari atmosfera bumi selepas matahari terbit dan tidak datang lagi sampai esok pagi. Hanya manusia yang bangun pada waktu ini yang dapat menikmati oksigen tersebut.


Mukjizat Gerakan Solat

Cuba kita kaji pergerakan otot-otot kita ketika solat. Secara kasarnya:

1. Kita berdiri tegak (qiyam) kemudian mengangkat kedua tangan bertakbir dan meletakkan tangan di atas dada - kita telah membesarkan rongga dada kita sehingga paru-paru akan terasa lapang serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.
2. Ketika ruku’ dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar (parallel to the ground) sekaligus menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkai.

3. Ketika sujud, seluruh berat badan tertumpu sepenuhnya di atas otot-otot kedua tangan, kaki, dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Lihat saja pada waktu sujud ini berapa banyak otot dan persendian yang kita gerakkan.

4. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan sesudah itu kita berdiri kembali. Dalam gerakan badan kali ini secara automatik kita telah menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bagian bawah dan otot-otot lainnya.

5. Selain itu kita juga melakukan dua jenis duduk - pertama duduk antara dua sujud dan kedua duduk tahiyat. Kedua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal paha, selangkangan, jari-jari kaki dan lain-lain.

6. Ketika kita memberi salam , kita menggerakkan otot-otot leher tengkuk dan lain-lain.

Kalau kita lihat dari dua hal di atas, iaitu menghirup oksigen yang istimewa dan gerakan otot-otot yang semuanya itu sudah tentu akan menyihatkan tubuh kita. Solat tahajud boleh juga menjauhkan penyakit pinggang yang selalu menyerang orang yang banyak tidur dan bangun lewat dari tidur malam.



“Dan pada sebagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.” (Surah al-Isra’; ayat 79)


WALLAHU A’LAM

Wednesday, December 15, 2010


Tuesday, December 7, 2010

petua cuci hati

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'aIni adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya Allah, jadikan hatiku bersih"

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidurIni merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubatSelain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-QuranSelain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positifJangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati : "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinyacubalah!!

8. BerpuasaSekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Mengingati matiSekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa.

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makananjangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)

14. Berkawan dengan ulama'.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi.)

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut dan lain-lain.)