BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 28, 2011

.: otw to KL

Bismillahirrahmanirrahim..


Kakiku kini melangkah kian hampir ke medan perjuangan yg baru..suasana yg baru..kenalan yg baru (yg lama tetap bersama,insyaALLAH)..madah yg baru..
semuanya di UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR..


Ya Rabb, Kau kuatkanlah hati ini..Kau tetapkanlah imanku di atas jalanMu yg benar..Kau jauhilah kegusaran dan hasutan syaitan..Kau bimbinglah diri ini Ya ALLAH..Engkaulah tempatku bergantung harap..


اللّهم أعنّي على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك

 اللّهم يا مقلّب القلوب ثبّت قلبي على دينك و على طاعتك

ALLAHUMMA AMEEN YA RABBAL A'LAMIN

Thursday, May 26, 2011

wahai wanita solehah...

Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada...maka...tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"

-Al Khawarizmi



Renungan buat kita2 yg mengidamkan title wanita solehah di sisiNYA..Terima kasih wahai Tuhan yg mmberi kesempatan ini bt kami utk bermuhasabah diri..Sesungguhnya Engkaulah tempat kami berserah diri..Wallahu'alam

,:, Ya ALLAH

" ALLAHumma la sahla illa ma ja'altahu sahla,
wa enta taj'alu huzna iza shi'ta sahla " Ameen...


Ya ALLAH, tiada kemudahan melainkan apa yg Engkau jadikan mudah dan perkara yg susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya..


Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan kami di dunia mahupun di akhirat,,
Matikanlah kami dalam pengakhiran yg baik, bukan pengakhiran yg buruk..
KepadaMu kami berserah segalanya Ya ALLAH,,
Engkaulah pelindung kami yg terbaik!!

Sedikitkah bezanya??

sifat kita dgn sifat Rasulullah SAW itu b'beza "SEDIKIT"..
Rasulullah sdikit tidur,kita sedikit2 tdur,
Rasulullah sdikit makan,kita sikit2 mkn,
Rasulullah sdikit marah,kita sedikit2 marah,
Rasulullah sdikit b'gurau,kita sedikit2 b'gurau,
Rasulullah sdikit2 b'amal,kita sedikit b'amal,
Rasulullah sdikit2 berkorban utk islam,kita sedikit pengorbanan,
bila kita nk brusaha utk kejar p'bezaan yg "HANYA SEDIKIT ITU"?

a reminder for me and you..♥





Tuesday, May 24, 2011

Akal yg cerdas pada badan yg cergas~

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Entry kali ni, terasa nk mnceritakan salah satu aktiviti masa cuti kali ni~~

Antara plan sebelum cuti..kononnya nk berniaga..alik2, cuti hampir ke penghujung barulak kaki mengorak langkah utk berniaga..=)

Bila teringat balik cuti slps SPM lalu, aku dah berjaya membeli sebuah basikal..di saat org lain cbuk utk mmemiliki motor sendiri..(environmental sense)

Seawal cuti, smpat gather ngn K. Maria n K. Diah..nk berbasikal di waktu ptg..Alhamdulillah, sehingga saat ini, dah beberapa kali berbasikal beriadah di kampung berhampiran (tp skali ja berbasikal bsama K.Diah)..btw, it's a great experience!

Beriadah smbil menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi..merentas kebun getah, menyeberang sungai, meniti sawah..TERIMA KASIH ALLAH!!

.:. dia...

Di mana saja 'dia' berada, pasti Islam kan agung semula..
Bila saja 'dia' berbicara, pasti syaitan akan membencinya..
Bila mana saja 'dia' memimpin alam maya, tersenyumlah malaikat dengan bangga..
Untuk apa saja tujuan 'dia' melangkahkan kakinya, 
nurnya takkan pernah henti menerangi insan di sekelilingnya..
Semoga antum menjadi 'dia' yang menjadi kebanggaan agama, Islam..
Semoga ALLAH merahmati kalian dan diriku..


Wallahua'lam

Sunday, May 22, 2011

AMAR ~ Diari Rindu

Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu

Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku

Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas

Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga diriku dikurniakan berkat

Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah
Menanggung kemurkaanMu

Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku


manusia, malaikat @ syaitan??

Satu kisah yang diambil dari facebook untuk berkongsi. Bacalah.


Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz...

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. .... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ....
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....

Sekarang anda mempunyai 3 pilihan :
1... Anda - Patutke aku biarkan teks ini tetap di sini..
2. Malaikat - Ingatkan pada kawan yang anda kenal (sebarkan ini)
3. Syaitan - Tak payahlah sebuk2 biar je disini..kalo boleh delete je


Friday, May 20, 2011

PEREMPUAN..

siapa kata jadi perempuan tu senang?

nak kena tutup sana, tutup sini

tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising

perempuan, stoking pon kena pakai

cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari

komfem x tahan bertutup semua

tapi, perempuan cool jek

tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

tiap2 bulan, mesti ada penyakit

nak pergi kelas pon susah

kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

cuba tengok budak lelaki , selamber jek

kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit

tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek

tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

hebat kan perempuan?

siapa kata jadi perempuan tu senang?

hati ni Allah jadikan lembut betul

cepat jek sensitif

cuba tengok orang putus cinta

selalu perempuan yg paling susah nak lupa

lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru

cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

siapa yg paling teruk menangis?

perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi

lembut tak lembut hati perempuan

tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah

diorang cakap, Allah x adil

kenapa Allah lebihkan lelaki?

kenapa perempuan kena dengar cakap suami?

kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

padahal jadi perempuan tu sangatlah susah

bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'

diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki

diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

kesian kan kat diorang?

disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang

diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

persoalannya sekarang

betul ke Allah x adil dengan perempuan?

betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami

tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

betul, isteri kena ikut cakap suami

tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya

kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri

cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki

bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio

banyak lagu pasal perempuan kan?

contohnya macam lagu SUMAIYYAH,

jarang kita dengar lagu pasal lelaki

sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

tengok pula, bila seorang lelaki berjaya

orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan

sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni

perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

x adil lagikah Allah dekat perempuan?

oh perempuan, sedarlah

betapa sayangnya Allah dekat kita

betapa cintanya Allah dekat kita

tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan

dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah

kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?



TERIMA KASIH YA ALLAH KRN MENJADIKANKU SBG SEORG PEREMPUAN (MUSLIMAH,MUJAHIDAH)

Thursday, May 19, 2011

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t

Tanda2 HATI MATI

1. Mengaku kenal ALLAH s.w.t tetapi tidak menunaikan hak2Nya..
2. Mengaku cinta Rasulullah s.a.w tetapi mengabaikan sunnah baginda..
3. Membaca Al-Quran ttp tidak beramal dgn hukum2 di dalam nya..
4. Makan nikmat2Nya ttp tidak mensyukuri pemberianNya..
5. Mengaku syaitan itu musuh tetapi tidak berjuang menentangnya..
6. Mengaku adanya seksa neraka tetapi tidak berusaha menjauhinya..
7. Mengaku kematian itu pasti bagi setiap yg bernyawa tetapi masih tidak bersedia untuknya..
8. Menyibukkan diri membuka keaiban org lain ttpi lupa akan keaiban diri sendiri..
9. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara seIslam ttp tidak mengambil pengajaran darinya..

Ya ALLAH, didiklah hati2 ini..moga ilham yg Kau berikan utkku 'post'kan tazkirah ini utk diriku dan saudara2 yg lain, mndtgkan manfaat dan redhaMu..Hidupkanlah kalamMu dalam hati2 ini..


Ya ALLAH, jangan Engkau berikan kepadaku nikmat dunia yg terlalu byk agar aku tidak melampaui batas laranganMu..Jangan pula terlalu sedikit sehingga aku lupa kepadaMu..Sesungguhnya yg sedikit tp mencukupi, lebih baik bagiku daripada banyak tetapi melalaikan..


Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau tahu apa yg terbaik utk hambaMu..Kau berikanlah apa yg terbaik utkku..Aku redha YA ALLAH..



SY INGIN MEMBERI MAAF DAN MEMOHON MAAF..MAAFKAN SAYA..

MUQADDIMAH(PROF IZI)


Kelebihan jd PEMAAF:
~ punya salah satu akhlak terpuji
~ dikasihi ALLAH
~ disenangi,dirahmati dan disegani masyarakat sekeliling
~ tak mudah mnjadi pendendam
~ hati lebih bersih
~ bg ruang kpd org lain utk berubah dan perbaiki kesilapan diri
~ bantu kesihatan lebih stabil (tdk pemarah)

Tapi, macamana nk jd seorg PEMAAF?
~ Ingat, Nabi seorang yg ma'sum (terpelihara dr dosa) pn seorang pemaaf, apatah lg kita yg banyak dosa ni...
~ Ingat, ALLAH mudah memaafkan kita jika kita maafkan org lain
~ Ingat, semua orang xkan terlepas dr mlakukan ksilapan..maafkan dia..
~ tnya diri, bagaimana kalau org lain xmaafkan kesalahan aku??

JANGAN BERTANGGUH utk memohon kemaafan.. Jangan tunggu saat akhir, saat kematian sudah mnjelma, baru terhegeh2 nk mnta maaf..

Sekali lg..sy sdh MEMAAFKAN kalian semua..MAAFKAN segala khilaf diri ini..
MAY ALLAH BLESS OUR LIFE NOW AND HEREAFTER..Ameen

Wednesday, May 18, 2011

SWIFT!!

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah..akhirnya telah dapat ku lalui..
Setelah pelbagai kereta telah ku drive..this is my first tyme drive on automatic car!!
SUZUKI SWIFT..haha =)

A lot of thanks credit to Abah n Mama for giving me the chance!!
THANKS SO MUCH ALLAH!!


Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU!!!

SELAMAT HARI GURU 
KHAS BUAT 
ABAH DAN MAMA
GURU2 SKPMI
GURU2 SBPIKP
PENSYARAH2 AKADEMI PENGAIJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI


Setelah bertahun lama kakiku meninggalkan sekolah ini..Alhamdulillah, akhirnya kembali ku kunjung jua..
Satu demi satu kenangan masa lalu kembali menerjah di minda..Ah! xdpt kulupakan..
TERIMA KASIH CIKGU!
cg2 selepas perhimpunan..
cg suraya, cg shamilah, mama, cg norma
ustzh rosnah, cg huda, cg wahida, cg bahiyah, ustzh atikah
Time sukaneka paling best.. Rasa bahagia bila tgok cg2 sumenye gumbira..


ada acara isi air dlm botol, pukul bola hoki ala golf, baling gelung, pancing botol dan baling pundi kacang..
video


Sekarang tgh blgsung acara bagi hadiah kt cg2..(12:36pm)
Td adik2 bt persmbahan mcm2..adik2 prasekolah pn xterkecuali..comel!!hahax


menghayati psmbahan anak2 didik


selepas sukaneka

sambil tgok persembahan
Last but not least..perutku sdg berkeroncong..SABAR..jap g kita makan!


kek yg sedang menanti =)
TERIMA KASIH CIKGU.. 
SAYA SAYAAAAANG CIKGU!!

Saturday, May 14, 2011

Reaksi syaitan...

1)Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…tengok je..
2)Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3)Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.

4)Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang
5)Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke. …………
Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke .
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~

Wallahualam..