Sunday, July 31, 2011
kehadiranmu dinantikan. Moga ramadan kali ini membawa seribu satu perubahan ke arah kebaikan
Posted by pErmAtA aYaH bOnDa at 1:17 AM 0 comments
Thursday, July 14, 2011
Wahai MUSLIMAH ...
Wanita telah ditinggikan kemuliaannya dengan kedatangan agama Islam melalui wahyu yang telah diturunkan kepada para rasul. Namun, kedatangan syariat Islam menenggelamkan segala kezaliman yang sekian lama wujud ini, dan terus sentiasa mengangkat martabat kaum wanita.
Menurut Profesor Dr Yusof Al-Qardhawi dalam kitabnya yang bertajuk Sistem Masyarakat Islam dalam Al-Quran Sunnah, beliau menyebut bahawa Islam telah menghargai kewanitaan wanita dan Islam menganggap wanita sebagai unsur penyempurna bagi kaum lelaki, sebagaimana lelaki juga penyempurna bagi wanita. Maka bukanlah antara satu sama lain dari mereka itu sebagai musuh, bukan pula sebagai saingan, akan tetapi wanita sebagai penolong bagi kaum lelaki untuk menyempurnaan keperibadian dan jenisnya, dan sebaliknya. Oleh kerana perkaitan yang erat antara lelaki dan wanita inilah Islam memperlakukan wanita dengan baik tanpa merendahkan dan menghina mereka.
Sesuai dengan kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam, maka wujudlah garispanduan yang perlu diikuti oleh kaum wanita itu sendiri bagi melindungi diri mereka daripada terlibat dengan fitnah bahkan menjadi sumber fitnah dalam menjalani kehidupan mereka sebagai seorang muslimah. Walaupun agama Islam telah menjaga kepentingan seorang wanita supaya dilindungi sepenuhnya sepanjang usia mereka, (bermula daripada menjadi tanggungjawab bapa, kepada menjadi tanggungjawab suami, sehinggalah menjadi tanggungjawab anak-anak lelaki mereka), kaum wanita seharusnya bijak membezakan antara perkara yang baik mahupun sebaliknya. Saya ingin katakan di sini adalah kaum wanitalah seharusnya peka dengan tuntutan-tuntutan syariat Islam sekiranya ingin menjalani kehidupan yang tenang di dunia dan di akhirat, walaupun ada insan lain yang dipertanggungjawabkan menjaga diri mereka.
sekadar gambar hiasan |
Pertama
Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya, sebagaimana firman Allah SWT
"Katakanlah kepada wanita yang beriman, 'Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya...'" (An Nur: 31)
Kedua.
Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata. Allah SWT berfirman
Ketiga
Hendaknya jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan kedua betis kecuali kepada suaminya atau muhrimnya. Allah SWT berfirman
Keempat
Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara. Allah SWT berfirman.
Kelima.
Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan (tabarruj) dengan dandanan ala jahiliyah. kerana ini bukanlah akhlaq seorang wanita yang bersih. Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya seakan ia berbuat zina, meskipun ia tidak berbuat demikian, maka wajib atas wanita menjauhi perilaku seperti itu
Keenam.
Wanita dilarang berduaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan mahramnya, hal itu untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita-berita bohong. Nabi SAW bersabda
Ketujuh.
Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa dan kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, berta'awun untuk kebaikan dan ketaqwaan, yang tidak terlarang bagi wanita itu untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas-batas syari'at dalam bertemu dengan lelaki.
Begitulah antara adab-adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang wanita muslimah. Islam telah mengatur kehidupan muslimah dengan sempurna agar terhindar dari sebarang tipu daya. Jadi kepada para muslimah sekalian, saya ingin berpesan kepada anda dan diri saya sendiri, jagalah maruah kerana maruah merupakan cermin diri kita.
WALLAHUA'LAM
Posted by amalinalleyes at 8:02 PM 0 comments
Labels: ~ tazkirah ~
الله أكبر
╔═╦═╦═╦═╦╗╔═╦══╦╦╦═╦╗╔═╦╦╦╦╦╦═
║╬║═╣═╣╬║║║╬║║║║║║╬║║║╬║║═╣║║║
║║╠═╠═║║║╚╣║║║║║║║║║╚╣║║║║║║║║
╚╩╩═╩═╩╩╩═╩╩╩╩╩╩═╩╩╩═╩╩╩╩╩╩═╩╩
.....✿•*¨`*• ..✿•*. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•**•✿ .*¨`*•✿.•
. . ✿ •*¨`*•...✿•*¸(¯`v´¯)¸.•´*¨ `*•✿ . *¨`*•✿
. . ✿ •*¨`*• Subhanallah, سبحان الله. . ✿ •*¨`*•
... …….…………... •.¸.•´ ………….……… ..✿•*¨`*•✿
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
──────────────────█──█────────
────────────████──█──█─█──────
────────────█──█──█──█─█──────
────────────████──█──█─█──────
───────────────███████─█──────
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ .•*`*•✿✿
. . ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ *¨`*•✿ ¨`*•
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………
www.▀█▀░█░░.█▀█.█░█.█▀▀.░.█▀█░
www.░█░░█░░.█░█.█░█.█▀▀.░.█░█░
www.▀▀▀░▀▀▀.▀▀▀.░▀░.▀▀▀.░.▀▀██
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………
✿✿•*¨`*•. •✿.¸.✿•´ .•*¨`*•✿✿ .•*¨`*•✿✿
✿•*¨`*•. (¯`v´¯) (¯`v´¯) .•*¨`*•✿ .•*¨`*•✿✿
. . ✿ •*¨`*•.¸(¯`v´¯)¸.•´*¨`*•✿ . . .•*¨`*•✿✿
…….…………... •.¸.•´ ………….……… .…………………
.
.
========
─▀██▀
──██────(▒)(▒)
──██───(▒)( )(▒)
─▄██▄▄█─(▒)(▒)
─── ─── ▄███▄
─── ──███─███─(▒)(▒)
─── ──▀██▄██▀(▒)( )(▒)
─── ────███───(▒)(▒)
─── ─────── ▀██─██▀
─── ──────── ██─██─(▒)(▒)
─── ──────── ▀█▄█▀(▒)( )(▒)
─── ──────────▀───(▒)(▒)
─── ────────────██▀▀▀█
─── ──(▒)(▒)──────██▄█──(▒)(▒)
─── ─(▒)( )(▒)─────██▀█─(▒)( )(▒)
─── ──(▒)(▒)──────██▄▄▄█(▒)(▒
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒▒▒▒▒▒██▒██
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██▒▒██▒▒▒██▒▒▒██▒██
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒██████▒▒▒██▒▒▒██▒██
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒████████████▒██
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒████████████▒██
▓▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
įɞ✿ღ♥ ♥ʚįɞ✿ღʚįɞ✿ღ♥ ♥ʚįɞ✿ღ
▀█▀░░▄█▀█▄░▀█░░█▀░▀█▀▀█ʚįɞ✿ღ
░█░░░█░░░█░░█░░█░░░█▄
░█░░░█░░░█░░▐▌▐▌░░░█░░▄ ALLAH!!!
▄█▄█░▀█▄█▀░░░██░░░▄█▄▄█ʚįɞ✿ღ..
♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░
^_^ I LOVE ISLAM ^_^.
╔♫═╗╔╗ ♥
╚╗╔╝║║♫═╦╦╦╔╗
╔╝╚╗♫╚╣║║║║╔╣
╚═♫╝╚═╩═╩♫╩═✘? +♥♥♥♥+
♥░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░
♥░░▓▓▓▓░░▓▓░░░░▓▓░░░░░▓▓▓▓░░▓▓
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
.......~*~*~*~...... Ku temukan Engkau di setiap Tahajudku ......~*~*~*~......
♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•
_¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`♥´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨ █──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨ ████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨ ───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
○°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯
♥q✿r♫m•*¨*•.¸¸❤ LURVE ALLAH ✿♫•*¨*•.¸¸❤
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨
╗
║║♫═╦╦╦╔╗ Never say, OH ALLAH I have problems;
♫╚╣║║║║╔╣ But always say, OH problems, I've ALLAH! ♥
╚═╩═╩♫╩═╝
♫•*¨*•.¸¸ﷲ♥.♥ﷲ¸¸.•*¨*•q♫r♫m•*¨
+++++++++++███████████████████
─▀██▀
──██────(▒)(▒)
──██───(▒)(♥)(▒)
─▄██▄▄█─(▒)(▒)…
─── ─── ▄███▄…
─── ──███─███─(▒)(▒)
─── ──▀██▄██▀(▒)(♥)(▒)
─── ────███───(▒)(▒)
─── ─────── ▀██─██▀
─── ──────── ██─██─(▒)(▒)
─── ──────── ▀█▄█▀(▒)(♥)(▒)
─── ──────────▀───(▒)(▒)
─── ────────────██▀▀▀█
─── ──(▒)(▒)──────██▄█──(▒)(▒)
─── ─(▒)(♥)(▒)─────██▀█─(▒)(♥)(▒)
─── ──(▒)(▒)──────██▄▄▄█(▒)(▒) ♥ ^
…..(¯`v´¯)
….. ·.¸.·´
Posted by amalinalleyes at 7:43 PM 0 comments
Labels: ~ taman hati ~
يا أمي , والله اني لأحبك !!!!!!!!
Posted by pErmAtA aYaH bOnDa at 7:08 PM 0 comments
Labels: ~ taman hati ~
Wednesday, July 13, 2011
HTUM
Perjalanan yg panjang, air-cond yg sgt sejuk..dan paling best, tempat duduk paling hadapan tgkat atas! Terima kasih Rabbi..
Tiba d perkarangan APIUM hmpir jam 6.30 pg.. Berdikari menuju ke 'bilik sewa' tgkt 1 blok B..
Smpat berborak dgn Sobiroh selepas solat Subuh.. rindu mengimbau kenangan lalu,.. kenangan mengusik jiwa..
Pukul 9 pg, mula mengorak langkah ke gerai2 di sekitar Dewan Johor.. bergerak ke sana ke mari, bertemu dia, kamu dan semuanya.. Nyata hatiku gembira dan senang di sini.. Terima kasih Ya ALLAH..
Sgt obses dgn kempen derma darah.. :)
Ustazah Seripah, " gi la derma darah.. berbakti utk msykt " :)
Alhamdulillah, sekalipun diuji dgn test darah 2 kali dan periksa tekanan darah 2 kali, Allah mengizinkan diri ini utk terus berbakti..
Seryesly, darah pada mulanya xckup pekat.. tekanan darah xsenormal insan biasa..
Kata Dr yg check darah, " kamu dh pnah derma.. pelik! xape, kita cuba lg sekali deh.. " terus kupicit jari yg telah ditebuk jarum..Alhamdulillah, keluarlah darah yg lebih pekat..
Dr yg check tekanan darah dan nadi pula komen, " denyut jantung kamu ni x ok.. ini tekanan jantung ahli sukan atau org yg mengalami sakit jantung.. "
(diuji lg sepanjang
Dah siap derma darah, gelabah je tnya nurse,, "xsiap lg ke? "
Nurse risau ana pening2 je,, ana apa lg, "ok dah nurse.. xpening pon.."
Usai jalan2 di sekitar gerai, smpat beli SOLUSI dan lain2, ter'sangkut' di gerai adik2 APIDS..
Sgt lama di situ.. sehingga tepat jam 12,, Fuh, bermandi peluh..
Kemudian, balik mkn tgahari di bilik.. ('syg'ku diculik keluarganya..hehe)
Rehat (konon2) sbg psdieaan utk program bsm adik2 ptg dan mlm nti..
ikuti kisahnya d kerabatapids.blogspot.com
Posted by amalinalleyes at 9:47 PM 0 comments
Labels: ~ my life ~
Muhasabah diri
Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama cungkil hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau
lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi
ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).
Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengan didatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya
kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan harta melimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.
Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah
diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa
bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”
Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
“Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”
Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif, masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:
�“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”
Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji
kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….
Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengaku kesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya. Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia
tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan.
Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?
�
Posted by amalinalleyes at 7:41 PM 0 comments
Labels: ~ taman hati ~, ~ tazkirah ~
Monday, July 11, 2011
Syaitan pun takut ~
Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh.
Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.
Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,
maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"
Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,
syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!"
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam......
Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah,
senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.
Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,
"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"
Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".
"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.
p/s: cerita ini hanya gambaran semata2....utk mengaktifkn smula minda kita yg smakin hari smakin dijajah oleh budaya xsihat...cerita ini juga utk kegunaan sy juga...yg mempunyai fitrah LUPA...
~petikan dari FB Group BMU~
Posted by amalinalleyes at 2:02 PM 0 comments
Labels: ~ tazkirah ~
D.E.A.T.H
Do. Everything. for Allah. Towards. Jannah.
Do. Everything. Avoiding. The. Hellfire.
so, how deaths mean to you?
just being put into the Earth after the nervous, respiratory & cardiovascular systems failure?
Posted by amalinalleyes at 1:51 PM 0 comments
Labels: ~taman hati~
Saturday, July 9, 2011
Perkongsian Sejenak
Buat ikhwah n akhawat sekalian,,, sudilah kiranya spend sdikit masa mbaca bingkisan ini...
peringatan utk diri n shbt2 pembaca ..
Setiap orang pasti ingin mendapatkan cinta Allah. Hal ini kerana manusia secara fitrahnya amat memerlukan cinta Allah. Allah setia mendengar luahan hambaNya yang setia padaNYa. pernahkah kita terfikir , sebenarnya kita mendapat khidmat kaunseling dari Allah secara 'percuma'? tak perlu kerluarkan not rm100 utk bayaran... kita cuma perlu jlnkn tanggungjawab sbagai hamba Allah dan khalifah BUmi... Namun bagaimanakah cara untuk mendapatkan cinta tersebut? Ibnul Qayyim Rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk menerangkan maksud perkara tersebut dalam kitab beliau Madarijus Salikin , tahap-tahap menuju wahana cinta kepada Allah adalah seperti berikut:
Ibnu Sholah mengatakan
3)Terus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.
“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.
Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.
4)Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.
Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).
10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.
Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.
Posted by pErmAtA aYaH bOnDa at 12:57 AM 0 comments