University of Ramadhan
Bachelor of Taqwa
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yg bermaksud:
" Berpuasalah kalian jika telal melihat hilal (anak bulan) dan sudahilah puasa kalian jika telah melihat hilal lagi. Jika tidak nampak akannya, maka genapkanlah hitungan Syaaban menjadi 30 hari."
(Riwayat al-Bukhari)
NIAT PUASA
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
" Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum terbit fajar, maka tidak ada puasa baginya."
(Riwayat Abu Daud)
SAHUR
Anas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
" Bersahurlah, kerana pada sahur itu ada keberkatan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
SYAITAN DIBELENGGU
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
" Apabila Ramadan tiba, pintu-pintu syurga dibuka, sedangkan pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
SEGERAKAN BERBUKA
Daripada Sahl bin Sa'ad, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
" Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
MEMBERI MAKAN BERBUKA ORG YG BERPUASA
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
" Sesiapa yg memberi makan kepada org yg berpuasa, maka baginya pahala seperti yg diperoleh org yg berpuasa itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala org yg berpuasa itu."
(Riwayat al-Tirmidzi dan Ahmad)
SOLAT TARAWIH
Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w keluar ke masjid utk mengerjakan solat, lalu org mengikutinya. Keesokannya para sahabat berbicara tentang perkara tersebut sehingga bertambah jumlah jemaah. Demikianlah keadaan itu sehingga hari keempat sehingga masjid tidak mampu lagi menampung jumlah jemaah yang bertambah. Kemudian Baginda hanya keluar untuk solat Subuh. Rasulullah bersabda setelah selesai solat Subuh:
" Sesungguhnya aku benar-benar mengetahui keadaan kalian, hanya sahaja aku khuatir kalau aku keluar untuk solat Tarawih, maka solat tersebut akan diwajibkan kepada kalian sehingga kalian tidak mampu mengerjakannya."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
JGN SEKADAR BEROLEH LAPAR & DAHAGA
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
"Berapa rami org yg berpuasa hanya mendapat rasa haus dan lapar."
(Riwayat Ibn Majah)
TADARUS
Nabi s.a.aw menceritakan bahawa Jibrail a.s membacakan kepadanya al-Quran setiap tahun sekali pada bulan Ramadan, dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
IKTIKAF
Ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
" Rasulullah s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
SYAFAAT DI AKHIRAT
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
" Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada hamba pada hari kiamat kelak. Puasa akan berkata: 'Wahai Rabb, aku telah menahannya daripada makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku untuk memberi syafaat kepadanya.' Al-Quran pula berkata: 'Aku telah mencegahnya daripada tidur pada malam hari, maka perkenankanlah aku memberi syafaat kepadanya.'
Kemudian Baginda bersabda lagi:
" Maka kedua-duanya diperkenankan memberi syafaat."
(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Hakim)
BULAN PENGAMPUNAN
Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
" Sesiapa yg berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharap redha ALLAH, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yg melaksanakan qiyam Ramadan atas dasar iman dan mengharap redha ALLAH, maka dosa-dosanya yang telah berlalu akan diampunkan. Sesiapa yg melakukan qiyam Lailatul Qadar atas dasar iman dan mengharap redha ALLAH, maka dosa-dosanya yg telah berlalu akann diampunkan."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
LAILATULQADAR
ALLAH berfirman yg bermaksud:
" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatulqadar itu? Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu sehingga terbit fajar!" (Surah al-Qadr 97:1-5)
NUZUL AL-QURAN
ALLAH s.w.t berfirman yg bermaksud:
" Bulan Ramadan, bulan yg padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yg hak dan yg batil)."
(Surah al-Baqarah 2:185)
PINTU AR-RAYYAN
Daripada Sahl bin Sa'ad, Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:
" Sesungguhnya di syurga itu terdapat satu pintu yg diberi nama ar-Rayyan. Dari pintu itu org yg berpuasa akan masuk pada hari kiamat kelak. Tidak ada seorang pun selain mereka yg masuk melalui pintu itu. Kemudian, jika mereka telah masuk, pintu akan ditutup sehingga tiada seorang pun yg masuk melalui pintu itu."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
HARI RAYA AIDILFITRI
Rasulullah bersabda yg bermaksud:
" Sesiapa menghayati malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha dgn amal ibadah sedang dia mengharapkan keredhaan ALLAH semata-mata, hatinya tidak akan mati seperti hati org kafir."
(Riwayat at-Tabarani)
0 comments:
Post a Comment